Drama Biar Mereka Cemburu Untuk Slot Megadrama 2020. Drama baru ini  merupakan adaptasi novel ‘Biar Mereka Cemburu’ karya Anuar Darwisy. Ia akan ditayangkan di slot Megadrama, Astro Ria. Antara barisan pelakon dalam drama ini adalah Aiman Hakim, Nabila Razali dan Izzat Mushtaq.   “Drama Biar mereka cemburu” ini akan mula ditayangkan pada 1 Disember 2020. Waktu Tayangannya pula adalah pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam. Tonton juga : Oh ya! Drama sebelum ini adalah drama perempuan tanpa dosa yang dilakonkan oleh Uqasha senrose, Kamal Adli dan juga Uyaina Arshad. Lepas ni kita layan gandingan Nabila dan Aiman pulak lah yer. hehe. Drama Biar Mereka Cemburu Untuk Slot Megadrama 2020 Senarai Pelakon Aiman Hakim Ridza Nabila Razali Izzat Mushtaq Bella Dowanna Rubini Sambanthan Hasmira Azmi Syahir Shafein Adam Malek Aedy Ashraf Shah Rezza Mas Anizan >Mampukah barisan pelakon ini menarik perhatian penonton untuk mencipta fenomena sepanjang tayang ini? Tak sabar pula nak tengok episod pertama dan seterusnya kan. Sedutan Drama ini. 👇👇 Untuk kaki drama!! Jom join group fb >> Kaki Drama << untuk tengok drama terkini! SINOPSIS Drama BIAR MEREKA CEMBURU Nadia, satu-satunya konduktor bas di KL ini yang kalau dirapikan penampilannya, pakai cantik-cantik, agaknya berduyun-duyun lelaki yang jatuh cinta. Tetapi dalam kesederhanaannya itu jugalah, dia masih berjaya menambat hati dua orang jejaka. Seorang pemandu bas dan seorang lagi anak tengku. Dia keliru. Hendak memilih cinta yang mana satu sedangkan hendak bercinta pun dia tidak tahu! Rostam, pemandu bas yang malu tapi mahu orangnya. Punyalah berat mulut hendak meluahkan perasaan kepada konduktor basnya sendiri. Apabila datang kekuatan dalam diri untuk berterus-terang, datang pula pesaing yang membuatkan dirinya rasa tercabar.  Tapi jangan tak tahu, dia juga ada peminat fanatiknya sendiri. Tiap-tiap hari mengajaknya kahwin! Perempuan berani mati yang sanggup terjun bas apabila dia menolak cinta perempuan itu. Iedil, anak tengku, lelaki yang punya segala-galanya. Termasuklah kekasih hati. Tetapi entah bagaimana, boleh pula dia berkenan dengan konduktor bas seorang ini.  Sampai sanggup naik bas tiap-tiap hari ke tempat kerja semata-mata mahu berjumpa dengan si konduktor cantik ini. Tapi dia kan sudah ada kekasih hati. Di sana menanti, di sini menunggu. Di kota Paris, Nadia membuat istikharah.