Slot Samarinda : Drama Beri Sedikit Waktu TV3 (2020). Drama baru ini merupakan drama bersiri ‘Beri Sedikit Waktu’ gandingan Aqasha dan Zara Zya di slot Samarinda TV3. Drama arahan Zamri Zakaria, terbitan Suhan Movies & Trading. Drama ini menggantikan drama Hati yang tersakiti yang telah selesai tayangannya. Agaknya macam mana gandingan Aqasha dan Zara Zya dalam drama ni? Tak sabar untuk kita saksikan. Slot Samarinda : Drama Beri Sedikit Waktu TV3 (2020) INFO   DRAMA EPISOD 15 TARIKH TAYANGAN Oktober 2020 WAKTU SIARAN Isnin-Khamis, 10:00 malam SIARAN TV Slot Samarinda TV3 PELAKON Aqasha, Zara Zya, Shahz Jaszle, Farisha Irwayu, Atikah Suhaime, Ain Sufia, Shyrim, Man Raja Lawak, Rayyan Iman, Ummar Dzariff, Aryana Amani, Laila Nasir SINOPSIS  20 tahun yang lalu – Di dalam biliknya, Salehuddin sedang memukul isterinya Rohana. Rohana meminta ampun dari Salehuddin. Sallehuddin tidak hiraukan terus membelasah isterinya. Di sudut biliknya, Imran yang berusia 6 tahun sedang menangis ketakutan. Dia trauma dan panik. Sofia yang berusia 12 tahun, menerpa masuk dan memeluk adiknya dan memujuk. Imran berkata papa jahat papa jahat beberapa kali. Jangan lupa untuk tonton drama menarik ini ya ! Jom share drama ini difacebook anda.Terima kasih.